BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 22
(1-86)
Misalnya orang yang bermimpi di malam hari dan sentiasa merenungkan kembali mimpi tersebut, maka ia akan membesar. Sebaliknya, jika dia tidak mengendahkannya, maka ia akan hilang. Begitu pula jika kita cuba menangkis sekawan lebah yang sedang menyerang, maka lebah itu akan menjadi lebih ganas. Padahal jika kita tidak menghiraukannya mereka akan bersurai dengan sendiri. Oleh itu, jika kita memandang penderitaan badaniah sebagai suatu perkara yang besar, maka ia akan membengkak dan kerana kita terlampau khuatir, maka ia akan menembus ke dalam hati sanubari.

Akibatnya, akan timbul kesusahan dalam diri dan penderitaan itu akan menjadi kekal. Tetapi jika kebimbangan itu hilang kerana manusia pasrah kepada Tuhan, nescaya penderitaan itu akan mengecil dan menghilang. Tak ubah seperti sebatang pokok yang baru sahaja ditebang sampai ke akar-akarnya.
Saya mengubah baik-baik berikut untuk menerangkan yang hak:
Wahai engkau yang malang! Hentikan ratapanmu,
Pasrahkan dirimu kepada Tuhan tempatmu berlindung.
Meratap itu sia-sia, hanya menambah sengsara,
Dan azab menanti di liang kubur.
Keluarlah dari sana, temuilah Yang Maha Pencipta,
Ratapmu pasti berubah; padang hijau akan merasai kesegaran.
Namun, jika engkau gagal menemui-Nya
Dunia bakal jadi bayangan yang kelam tiada tara.
Engkau yang menderita dan mencari perlindungan kepada Allah,
Senyumlah menghadapi kesukaran,
Kesengsaraan akan menjelma menjadi senyuman.

Cuba sahaja, seandainya dalam suatu perlawanan satu lawan satu, yang seorang tersenyum kepada yang lainnya, nescaya permusuhan itu akan berubah menjadi perdamaian. Demikian pula seandainya kita menghadapi bencana dengan sikap menyerah kepada Allah Taala, maka hasilnya adalah kedamaian dalam jiwa.
No Voice