BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 23
(1-86)
Perkara ketiga: Setiap zaman mempunyai cir-ciri khas. Pada zaman ini ramai orang lupa bahwa malapetaka telah berubah bentuk. Pada masa tertentu dan bagi orang-orang yang tertentu, kemalangan bukan lagi merupakan malapetaka tetapi lebih kepada kurniaan Ilahi. Oleh itu, mereka yang terkena musibah dewasa ini adalah orang-orang yang beruntung, asalkan musibah itu tidak mempengaruhi agamanya. Jika tidak perlu lagi menentang musibah atau menaruh belas kasihan kpada mereka yang terkena.
Seringkali saya menemui anak-anak muda yang terkena musibah. Ternyata mereka justeru lebih baik jika dibandingkan teman-teman sebaya mereka dalam memikirkan kewajipan agama dan hari kemudian. Maka saya membuat kesimpulan bahawa sakit bukan merupakan musibah bagi orang-orang tertentu. Malah ia merupakan anugerah Tuhan. Sememangnya penyakit adalah suatu kesusahan dalam dunia yang fana ini, namun ianya bermanfaat bagi kehidupannya di alam baka kelak. Anggaplah ia sebagai satu bentuk pujian. Apabila manusia berada dalam keadaan sihat wal’afiat, dia tidk dapat mempertahan serta menikmatinya. Dia lebih cenderung untuk terus membazirkan tenaganya kerana merasa dirinya masih muda perkasa.
Kesimpulannya Allah Yang Maha Kuasa telah menunjukkan kepada manusia betapa lemahnya ia dan betapa sangat tergantungnya ia kepada-Nya. Oleh kerana itu, Allah memperlihatkan kekuasaan dan rahmat-Nya. Allah telah menciptakan manusia seperti mesin dan akan memberikan reaksi jika dialaminya rasa sakit atau gembira walau dari manapun datangnya hal itu. Tuhan telah menempatkan beratus-ratus alat dalam badan manusia dan untuk setiap alat Dia menentukan pelbagai macam kegunaan dan kepentingannya.
Nama-nama Ilahi itu semuanya rata-rata jelas dalam makro anthropos yang bernama dunia, mahupun mikro kosmos yang bernama manusia. Kesihatan yang sempurna, rasa segar dan nikmat semua itu diperolehi oleh manusia sebagai isyarat bahawa dia mesti bersyukur kepad Allah dan menunaikan kewajipannya.
Selaput yang membalut kelemahan dan kemiskinan yang menjadi sifat manusia itu amat halus sekali. Bukan lidah sahaja tetapi anggota-anggota badan yang lain juga memerlukan perlindungan dan bantuan. Oleh itu, manusia bagaikan sebuah pena yang besar yang mengisi ribuan pena yang lainnya. Kewujudannya adalah untuk menuliskan pada halaman kehidupannya dan mencantumkan suatu pengakuan akan nama-nama Ilahi, dan manusia sendiri yang menjadi sebuah puisi yang memuja kemuliaan Tuhan. Dengan demikian dia telah memenuhi tujuan penciptaannya di dunia ini.

No Voice