BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 26
(1-86)
Dalam masa yang singkat, orang yang pertama telah mencapai kedudukan yang mulia sehingga semua orang teringin mencapai kedudukan sepertinya. Ia dianugerahi oleh raja dengan pelbagai hadiah. Sebaliknya orang yang kedua jatuh kedudukannya. Orang lain merasa kasihan kepadanya. Akan tetapi mereka berpendapat sudah selayaknya jika dia menderita kerana kesalahannya sendir. Harta bendanya musnah dan ia terseksa lahir batin.
Wahai engkau manusia yang banyak tingkah! Pandanglah wajah kebenaran lewat kiasan ini. Raja tersebut adalah Tuhanmu Yang Maha Pencipta. Tanah dan harta serta peralatan di atas adalah segala yang kamu miliki di dunia ini seperti badan, jiwa, hati, anggota bdana dan seluruh pancaindera. Utusan yang mulia itu adalah Rasul Allah sedang pesanan itu adalah Al-Quran yang mneghuraikan perihal perniagaan tersebut sebagai berikut:
“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman, diri dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.” ( Surah at-Taubah: 111)
Medan pertempuran dalam kiasan di atas adalah bumi yang sentiasa di alnda badai sehingga manusia akan berfikir, “ Segalanya akan terlpas dari tangan kita dan binasa. Tidak adakah cara untuk mengubahnya sehingga menjadi kekal buat dipelihara? “ Bilamana tenggelam dalam fikiran dan angan-angan semacam ini, tiba-tiba terdengar suara Al-Quran, “ Sesungguhnya ada jalan yang indah lagi mudah serta mengandungi lima keuntungan.” Jalan apakah itu?

No Voice