BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 17
(1-86)
Sebab ketiga: Dunia ini merupakan tempat ujian dan membuat jasa. Bukan tempat untuk bertemasya atau mengejar keseronokan serta keuntungan. Oleh itu, jika dunia ini merupakan tempat berbakti dan memuji Tuhan, maka penyakit dan musibah semestinya tidak menggoyahkan keyakinan kerana dilawan dengan ketabahan yang sepadan denagn bakti dan pujian yang kita sanjungkan. Malah ia sudah tentu lebih memperkuatkan keyakinan tersebut. Dan oleh kerana satu jam pujian sama nilainya dengan sehari membuat pahala, maka manusia harus bersyukur dan tidak mengeluh.

Puji-pujian terdiri dari dua faktor iaitu positif dan negatif. Apa yang dimaksudkan dengan pujian positif adalah nyata. Manakala pujian negatif ialah bilamana seseorang itu ditimpa kemalangan atau penyakit, lalu merasakan kedaifan dan kelemahannya. Kemudian dia mengadap kepada Tuhan Yang Maha Pemurah mencari perlindungan-Nya dengan bertafakur dan berdoa. Pujian yang demikian adalah murni dan tidak dapat ditembus oleh kemunafikan. Ia bertahan dengan tabah, menumpukan fikiran hanya kepada pahala yang mengimbangi kemalangan dan bersyukur. Setiap sejam dia mengerjakannya akan dinilai sama seperti sehari memuji Tuhan. Hidupnya yang singkat akan menjadi panjang. Malah ada kejadian-kejadian di maan seminit dinilai sama dengan sembahyang sehari suntuk.

Pada suatu ketika saya sangat gelisah kerana seorang saudara saya Muhajir Hafiz Ahmad, diserang oleh penyakit yang amat membimbangkan. Tetapi hati saya memperolehi isyarat, “Sampaikan ucapan selamat kepadanya!” Setiap minit dihitung setimpal dengan sembahyang sehari suntuk. Saudara saya itu memang sangat sabar dan tabah dalam menanggung kesakitannya.
No Voice