BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 15
(1-86)
Seseorang yang secara diam-diam melakukan dosa misalnya, akan merasa takut kepada akibatnya jika dosanya itu diketahui orang. Oleh itu, sebagai akibatnya, berat baginya mengakui kewujudan malaikat. Dia akan tetap menyangkalnya sekalipun pendapatnya itu sukar dipertahankan.

Begitu pula dengan orang yang melakukan dosa besar yang layak mendapat seksa neraka. Dia akan tetap berusaha untuk menyangkal adanya neraka. Dia akan tetap berusaha mengingkarinya dengan bukti sekecil apapun, melainkan jika ia berubah, mahu bertaubat dan memohon ampun.

Begitu pula orang yang tidak mendirikan sembahyang wajib. Dia menunaikan tugasnya sebagai seorang Islam dengan perasaan berat dan susah. Dia malas melakukan kewajipan itu walaupun berulangkali diperintahkan oleh Tuhan. Hal ini sangat mengganggu fikirannya sehingga dia teringin berkata kepada dirinya sendiri, “Andaikata tidak ada kewajipan sembahyang..!”. Biasanya, dari keinginan ini akan timbul hasrat menyangkal adanya Tuhan, dan diapun meyimpan benih permusuhan terhadap Tuhan. Jika ada sedikit sahaja keraguan menyelinap ke dalam kalbunya tentang Yang Maha kuasa, dia akan memegang erat keraguan itu sebagai bukti nyata. Dan di hadapannya akan terbuka pintu gerbang yang luas menuju kehancuran. Si pemalas malang itu tidak tahu bahawa meskipun dia sudah bebas dari tugas sembahyang kerana keingkarannya, namun sikap iu telah menjadikan dirinya sasaran bermacam-macam kesusahan yang jauh lebih berat. Dia lari dari gigitan nyamuk untuk menjadi mangsa gigitan ular.
No Voice