BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 12
(1-86)
Dengan kalimah “ Laa ilaaha illa anta ” kita memohon perlindungan-Nya demi masa hadapan kita. Dengan ucapan “ Subhaa naka ” kita menariknya ke dunia kita dan dengan kalimah “ Inni kuntu minaz zaalimin ” kita menariknya ke dalam jiwa kita. Maka masa hadapan kita akan beroleh nur keyakinan Al-Qur’an. Rasa mencengkam dan menggerunkan dari malam-malam yang kelam akan berubah menjadi rasa riang dan tenang.

Akhirnya sesuai dengan kudrat Ilahi, manusia akan sangat menderita apabila mendengar ledakan yang amat dasyat di Hari Kiamat kelak. Kerana takutkan kuman kecil, maka dia juga akan takut kepada bintang yang muncul di antara benda-benda angkasa yang bertaburan di langit. Kerana dia sayang kepada rumahnya, maka dia akan mencintai dunia yang luas ini. Kerana cintakan kebunnya yang kecil, maka sudah tentu dia akan mncintai syurga yang kekal abadi. Tuhan pujaannya tempat ia berlindung. Allah Yang Maha Esa, tempat semua orang bergantung dalam kekuasaan-Nya. Atom dan planet, semuanya tunduk kepada-Nya. Manusia akan terus berdoa:

“Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk ke dalam golongan orang-orang yang zalim. Maha Suci Engkau. Tiada ilmu bagi kami selain yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Tahu Lagi Maha Bijaksana.”
No Voice