BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 9
(1-86)
Dan daun-daun nipis melayang-layang dan ranting-ranting berhamburan dalam nyalaan api, namun tidak sedikitpun menyakiti nabi Ibrahim a.s. atas suruhan Allah:

“Hai api! Jadilah kau benda yang sejuk dan selamat.” ( Surah al-Anbiya’:69 ) menentang sifat panas yang disemburkan nyalaan api.

Semenjak itu semua makhluk menuturkan kata “Bismillah”.

Anugerah Allah telah diberikan kepada kita dengan nama Allah. Kita wajib menyambutnya dengan “ Bismillah ”. Kita memberi dan menerima sesuatu dengan nama Allah. Hendaknya kita tidak menerima sesuatu apapun tanpa menyebut nama Allah. Di dalam kehidupan ini, kita harus membayar harga setiap apa yang diberikan oleh orang lain kepada kita, walaupun hanya berbentuk jasa. Berapakah pula harga yang diminta oleh Allah, Pemilik sebenar dari segala yang wujud itu? Allah Pemberi segala kenikmatan hanya meminta kepada kita tiga perkara iaitu: mengingati-Nya, mengucapkan syukur ke atas nikmat-Nya dan hendaklah kita memikirkan kekuasaan-Nya.
Ucapan “ Bismillah ” menyatakan bahawa kita mengingati-Nya. Kalimah “Alhamdulillah” pula menyatakan rasa kesyukuran. Bertafakur adalah cara untuk kita memikirkan nikmat yang kita terima sebagai mukjizat kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa. Jika kita mahu berterima kasih dengan mencium kaki seorang pesuruh yang menghantarkan hadiah berharga dari raja, tidakkah kita ini terlalu bodoh kerana tidak mengenal asal sebenar hadiah itu? Maka orang yang memuji si pesuruh dan melupakan pemberi sebenar hadiah itu adalah amat bodoh.

Oleh itu wahai manusia, hindarkan kebodohan yang sedemikian rupa! Berilah dengan nama Allah dan terimalah dengan nama Allah. Mulakan hari ini dengan nama Allah. Sekian.
No Voice