BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 10
(1-86)
1. DOA NABI YUNUS A.S.

Nabi Yunus a.s. terlempar masuk ke dalam laut dan ditelan seekor ikan rasaksa. Ketika itu malam sangat kelam dan laut bergemuruh dengan hebat. Sedikitpun tiada harapan baginya utnuk mendapatkan pertolongan. Dalam keadaan putus asa itu, beliau berdoa:

“Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya akan termasuk ke dalam orang-orang yang zalim.”

Doa diibaratkan ubat penyelamat yang cepat membantu Nabi Yunus a.s. Rahsia yang tersembunyi di dalam doa tersebut ialah dalam keadaan tiada suatupun yang mampu menyelamatkan dirinya, maka hanya Allah yang dapat memerintahkan ikan dan laut, malam dan langit agar tunduk kepada kehendak-Nya.

Sesungguhnya malam yang kelam dan laut yang bergemuruh serta ikan rasaksa itu bermusuhan menentang Nabi Yunus a.s. Hanya Allah jua yang dapat menguasai ketiga unsur itu. Nabi Yunus a.s. menyedari bahawa tiada siapa yang dapat menolongnya kecuali Tuhan sekalian alam, lalu beliau pun berdoa. Berkat doanya itu muncullah keajaiban. Malam yang gelap itu berubah menjadi terang, laut yang bergemuruh menjai tenang dan ikan rasaksa menjadi jinak. Tuhan telah merubah perut ikan menjadi seolah-olah bagaikan sebuah ruangan yang nyaman. Laut yang bergelombang dasyat bagaikan gunung berapi meletus tak henti-henti kini berubah menjadi dataran yang tenang lagi menyenangkan. Langit kembali cerah. Bulan muncul dan menyinari bagaikan sebuah lampu. Setiap yang mengancam dari segala arah, kini memperlihatkan wajahnya yang ramah. Setelah itu, Nabi Yunus a.s. terdampar ke pantai dalam keadaan yang selamat. Beliau telah menyaksikan sendiri kebesaran rahmat Tuhan.
No Voice