BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 11
(1-86)
Situasi kita hari ini adalah seratus kali ganda lebih menggerunkan berbanding dengan apa yang dialami oleh Nabi Yunus a.s. Masa hadapan kita bagaikan malam yang kelam. Bila kita merenung masa hadapan kita, malam-malam akan nampak seratus kali ganda lebih kelam dan menakutkan dari malam yang dialami oleh Nabi Yunus a.s.. Oleh kita kita wajar mengikut jejak Nabi Yunus a.s. dengan menumpukan perhatian kita kepada Tuhan sekalian alam. Dan kita perlu berdoa:
“Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk ke dalam golongan orang-orang yang zalim”.
Kita perlu menyedari sepenuhnya bahawa hanya Allah yang dapat menyelamatkan kita dari sebarang bahaya. Masa hadapan akan tunduk kepada perintah Allah. Dunia akan taat kepada perintah-Nya. Bahkan seluruh jiwa akan merunduk bersama di bawah kehendak-Nya.
Siapa lagi yang paling layak disembah melainkan Pencipta langit dan bumi yang mengetahui setiap apa yang disembunyikan oleh pemikiran kita. Yang memberi rasa percaya kepada diri dan rasa aman dalam menghadapi masa hadapan. Selain Allah penguasa segala yang wujud, tiada sesuatu yang dapat memberi bantuan dan menyelamatkan kita melainkan dengan kehendak dan perintah-Nya.
Tuhan mengabulkan doa Nabi Yunus a.s. sehingga perut ikan rasaksa berubah menjadi semacam ruangan nyaman; laut menjadi dataran tenang dan malam terang disinari oleh bulan. Maka kita juga mesti mengucapkan doa:
“Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya akan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang zalim.”

No Voice