BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 13
(1-86)
3. MUSIBAH NABI AYUB A.S.

Doa Nabi Ayub a.s. sebagai manusia paling sabar dan tahan uji sememangnya sangat mujarab. Hendaklah kita mengamalkan doa Nabi Ayub a.s. dan sentiasa mengingati kalimah ini.

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” ( Surah al-Anbiya’: 83 ).

Nabi Ayub a.s. sudah lama menderita. Lukanya parah dan darah selalu mengalir dari tubuhnya. Namun beliau tidak pernah lupa akan rahmat yang diperolehinya dari Allah sehingga sakit dan derita itu ditanggungnya dengan ketabahan yang luar biasa. Tetapi ulat-ulat itu mulai merebak pada lukanya dan bergerak menuju ke jantung serta lidahnya; dua pancaindera sebagai alat mengingati keagungan Tuhan Maha Pencipta. Oleh itu, timbullah kecemasan dalam diri Nabi Ayub a.s. sekiranya beliau tidak dapat lagi memuja Tuhan dengan lidahnya. Nabi Ayub a.s. mengucapkan doa bukan semata-mata untuk menghibur diri, tetapi untuk menyatakan kesyukurannya. Dengan suara perlahan beliau berdoa, “Ya Allah, bencana telah menimpaku dan aku hampir tidak boleh memuja Engkau samada dengan lidah mahupun dengan hati sanubariku.”[1]
-------------------------------------------------------

[1] Dan ( ingatlah kisah ) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya, “ (Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” ( Surah al-Anbiya’ : 83 ).
No Voice