Perkataan pendek | Perkataan pendek | 55
(1-69)

Kalimah Kesembilan

 

Maksudnya: “(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.”

 

Wahai saudaraku! Engkau bertanya tentang hikmat kenapa sembahyang dikhususkan dalam kelima-lima waktu yang telah ditentukan itu. Di sini, kami hanya akan mengisyaratkan kepada satu hikmat sahaja daripada hikmatnya yang banyak.


Ya, sebagaimana setiap waktu sembahyang merupakan permulaan pertukaran masa yang hebat dan penting, ia juga merupakan cerminan tindakan Ilahi yang agung. Ia menggambarkan segala keberkahan dan restu Allah yang menyeluruh pada waktu itu. Oleh itu, sembahyang diperintah agar didirikan pada waktu-waktu tersebut, iaitu menambahkan tasbih dan mengagungkan Allah yang maha besar. Juga memperbanyakkan puji-pujian dan kesyukuran terhadap segala nikmatNya yang tidak terhitung yang terhimpun di antara dua waktu sembahyang. Bagi memahami sebahagian daripada pengertian yang mendalam dan halus ini, marilah kita sama-sama mendengar dengan penuh perhatian kepada lima noktah berikut:

No Voice