Pertama:
Makna sembahyang (solat) ialah tasbih, membesarkan Allah dan bersyukur kepadaNya. Iaitu menyucikanNya kerana kebesaran yang dimilikinya sama ada melalui perkataan atau perbuatan dengan berkata ‘subhanallah’.. dan mengagungkanNya kerana kesempurnaan yang dimilikinya sama ada melalui lafaz atau amalan dengan berkata ‘Allahu akbar’.. dan mensyukuriNya kerana keindahan yang dimilikinya sama ada melalui hati, lidah atau jasad dengan berkata ‘al-Hamdulillah’.
Ini bermakna bahawa tasbih, takbir dan tahmid adalah umpama biji benih sembahyang. Ketiga-tiga perkara ini wujud dalam setiap pergerakan dan zikir sembahyang. Oleh itu, perkataan-perkataan yang baik ini diulang-ulang sebanyak 33 kali setiap kali selepas sembahyang bagi menegas dan meneguhkan pengertian sembahyang di dalam diri, kerana ketiga-tiga perkataan yang ringkas inilah yang dapat meneguhkan pengertian sembahyang dan matlamat penunaiannya.