Waktu asar: Ia menyamai musim gugur, zaman tua dan zaman kebahagiaan yang merupakan zaman rasul terakhir, Muhammad SAW. Segala yang ada dalam waktu tersebut mengingatkan kepada hal ehwal Ilahi dan nikmatNya.
Waktu maghrib: Ia mengingatkan kepada kembalinya kebanyakan binatang pada penghujung musim luruh. Ia juga mengingatkan kepada kematian manusia dan kemusnahan dunia ketika berlaku kiamat. Di samping itu, ia juga memberitahu tentang jelmaan ilahi dan mengejutkan manusia daripada tidur dan lalai.
Waktu isyak: Ia mengingatkan kepada kegelapan yang menyelubungi dunia dan menyembunyikan kesan yang dilakukan oleh waktu siang. Ia juga mengingatkan kepada tutupan kain putih kapan musim sejuk terhadap muka bumi yang telah mati. Ia juga mengingatkan kepada kematian kesan dan jasa yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia kerana dia akan dilupakan orang. Ia juga mengingatkan kepada tertutupnya pintu-pintu negeri
Waktu malam: Ia mengingatkan kepada musim dingin, kubur dan alam barzakh, di samping ia turut mengingatkan betapa keberhajatan ruh manusia kepada rahmat Allah.
Tahajjud di malam hari: Ia mengingatkan kepada keperluan cahaya pada malam kegelapan kubur dan kegelapan alam barzakh. Ia juga mengingatkan kepada nikmat-nikmat tidak terhitung yang dikurniakan oleh Allah SWT, pemberi rezeki hakiki melalui segala pertukaran musim yang berlaku. Ia juga mengisytiharkan tentang betapa kelayakan pemberi rezeki itu untuk dipuji dan dipuja.