Perkataan pendek | Perkataan pendek | 54
(1-69)

Kesimpulan daripada kesemua yang dinyatakan di atas:

 

Bahawa sesiapa yang menjadi kehidupan yang fana’ ini sebagai matlamat dan tujuannya, maka dia akan berada di dalam nerakan jahannam dari sudut hakikat sebenarnya, meskipun pada zahirnya dia kelihatan sedang berada di dalam keluasan nikmat.

 

Dan bahawa sesiapa yang mengadap kepada kehidupan yang kekal abadi dan berusaha untuknya dengan sepenuh tenaga dan keikhlasan, maka dia akan mencapai kejayaan kebahagiaan dunia dan akhirat. Dia juga layak menjadi ahli dunia dan akhirat meskipun dunianya kelihatan teruk dan sempit kerana dia melihatnya manis dan lazat. Dia juga akan melihatnya sebagai sebuah dewan menunggu bagi syurga yang bakal didudukinya. Dengan itu, dia mampu menanggung segala musibah dan kesulitan dunia, bahkan bersyukur kepada tuhannya dengan perasaan penuh kesabaran.

 

Ya Allah! Jadikanlah kami dari kalangan ahli kebahagiaan, ahli kesejahteraan, ahli al-Quran dan ahli keimanan. Amin

 

Ya Allah! Berikanlah selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga baginda dan sahabat baginda sebanyak huruf-huruf yang terbentuk di dalam semua perkataan yang terbentuk dengan izin Allah pada cermin ombakan udara ketika membaca setiap perkataan daripada al-Quran oleh setiap orang yang membacanya, semenjak ia mula diturunkan hingga akhir zaman.

 

Rahmatilah kami dan kedua ibu bapa kami. Rahmatilah seluruh orang-orang beriman, lelaki dan perempuan dengan bilangannya, dan dengan rahmatMu, wahai tuhan yang maha pemberi rahmat. Amin.. Segala puji bagi tuhan sekalian alam.

No Voice