Perumpaan engkau yang tidak sabar ini sama seperti seorang ketua tentera bodoh yang mengarahkan satu pasukan yang besar daripada anggota tenteranya untuk menghadapi pihak musuh dari sebelah kanan, sedangkan pihak musuh di sebelah kanannya itu sudah pun menyertai pasukannya dan mempertahankannya. Kemudian ketua tentera itu mengarahkan saki baki anggota tenteranya yang masih ada ke sebelah kiri pihak musuh, sedangkan pada ketika itu tidak ada seorang pun tentera musuh yang berada di
Ya! Engkau wahai jiwaku, samalah seperti ketua tentera tersebut. Kesukaran dan kepenatan yang dihadapi sebelum ini telah berlalu. Maka kesakitannya juga turut berlalu. Yang tinggal hanyalah kelazatan dan kesulitannya telah bertukar menjadi pahala. Oleh itu, ia tidak lagi melahirkan kejemuan dan kebosanan, bahkan melahirkan kerinduan yang berpanjangan, perasaan kelembutan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk terus maju ke hadapan. Manakala untuk hari-hari yang akan datang pula, oleh kerana ia belum lagi tiba, maka berfikir tentangnya sekarang adalah suatu tindakan yang bodoh, kerana ia samalah dengan tangisan dan jeritan yang dilakukan sekarang kerana rasa dahaga dan lapar yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang!
Oleh kerana demikianlah hakikatnya, jika engkau mempunyai sedikit akal, maka berfikirlah tentang ibadat untuk hari ini sahaja. Katakanlah: Aku akan memperuntukkan satu jam daripadanya untuk melaksanakan satu kewajipan penting, lazat dan indah, dan bagi menunaikan satu khidmat agung dan tinggi yang mempunyai ganjaran yang besar meskipun dengan kesulitan yang sedikit… Ketika itu, jiwa engkau yang telah merasa lemah dan sakit, tiba-tiba bertukar menjadi kuat dan manis serta cergas dan lazat.