BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 39
(1-86)
Dengan demikian diperkenalkannya Yang Maha Pencipta kepada kita.
Demikianlah saya berbicara kepada para pelajar itu dan mereka menerima semua itu dengan berkata, ”Syukur alhamdulillah kami telah dikurniai satu pengajaran yang suci lagi benar. Semoga Allah memberkati kita semua.” Lalu saya berkata, ”Walaupun manusia itu hidup dan memberi reaksi tak seronok terhadap beribu-ribu macam rasa sakit dan reaksi gembira terhadap ribuan macam kesenangan; sekalipun manusia menghadapi lawan yang tidak terbilang banyaknya, samada yang nampak mahupun yang tersembunyi; walaupun dia menghadapi kemiskinan yang teruk dan menderita kerana keperluan hidup yang begitu banyak; tetapi dia akan tetap dibantu oleh Allah Taala untuk melawan musuhnya dan memberi segala yang diperlukannya. Jika manusia mencari perlindungan kepada Allah Yang Maha Kuasa dan ia menjadi hamba-Nya, nescaya dapat dibayangkan betapa puas dan bahagianya manusia itu dan betapa bersyukurnya dia kepada Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Pemurah.’
Ingin saya mengulangi apa yang saya katakan kepada pelajar-pelajar itu, “ Barangsiapa kenal dan tunduk kepada Tuhan, dialah orang yang beruntung sekalipun dia dimasukkan ke dalam penjara. Sebaliknya, orang yang melupakan-Nya dia adalah orang yang pasti mendapat hukuman meskipun kini berada dalam istana. Pernah ada seorang lelaki yang dihukum mati tetapi dia merasa bahagia. Ketika dia sedang menghadapi pasukan penembak, dia berkata kepada orang-orang yang menzaliminya, “ Saya tidak dihukum mati malah saya dibebaskan menuju ke tempat yang penuh dengan kebahagiaan. Saya merasa cukup dibela oleh Allah Taala meskipun di bumi ini saya dijatuhi hukuman selama-lamanya.” Setelah itu dia pun mengucapkan sebuah kalimah untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raganya. Kalimah itu ialah
“Tiada tuhan selain Allah.”

No Voice