BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 40
(1-86)
7. BUKTI-BUKTI KEKUASAAN TUHAN

“Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” ( Surah Ibrahim: 25 )

“Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” ( Surah al-Hasyr:21 )

Pada suatu masa, ada dua oarang lelaki sedang mandi-manda di sebuah kolam. Kerana pengaruh tenaga ghaib tiba-tiba mereka menjadi tidak sedar diri. Apabila mereka membuka mata kembali, mereka melihat sebuah dunia yang mirip dengan sebuah kerajaan, lalu sebuah bandar dam dan yang terakhir sebuah istana. Mereka hairan sekali memandang keadaan di sekeliling mereka. Pda suatu arah mereka menyaksikan suatu dunia yang luas dan kerajaan yangteratur dan pada arah yang lain terbentang sebuah bandar yang sempurna. Manakala di sebelahnya lagi terdapat sebuah istana yang sangat indah dan megah. Dengan segera mereka menyelidiki kerajaan tersebut. Mereka mendapati bahawa kerajaan itu didiami oleh sejenis makhluk yang mempunyai bahasa gerak. Mereka tidak mengenal bahasa ucapan, namun dari gerak-geri makhluk-makhluk itu dapat difahami bahawa mereka sedang melakukan pelbagai tugas penting dan mulia.

Salah seorang dari kedua orang itu berkata, ”Dunia yang luar biasa ini pasti ada yang mengaturnya. Kerajaan yang teratur baik tentu mempunyai raja. Bandar yang sempurna ini pasti mempunyai penguasa. Istana dengan bangunannya yang cantik ini pasti ada penciptanya. Kita harus mengenalnya kerana nampaknya dialah yang membawa kita ke sini. Kalau kita tidak mengenalnya maka siapakah yang akan menolong kita? Apakah yang dapat kita harapkan dari makhluk-makhluk yang tak berdaya itu, yang tidak memahami bahasa kita dan tidak mengendahkan kita? Tambahan pula, yang telah menciptakan alam yang lusa ini menjadi sebuah kerajaan berupa sebuah bandar dengan istananya yang megah, yang telah memenuhinya dengan benda-benda ajaib dari hujung ke hujung yang lain dan mempercantikkannya dengan sejumlah perhiasan serta mengaturnya dengan sangat mempersona, yang telah berbuat demikian itu tentu mengkehendaki sesuatu dari kita dan orang lain yang datang berkunjung ke sini. Kita harus mengenalnya dan mengetahui apa yang dikehendakinya.”
No Voice