BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 41
(1-86)
Orang yang kedua berkata,” Saya tidak percaya ada orang seperti yang kamu gambarkan itu yang dapat mengatur kerajaan ini seorang diri.” Bantahan itu dijawab oleh orang yang pertama, “Jika kita tidak dapat mengenalnya dan tetap tidak memperdulikannya, nescaya hal itu tidak akan mendatangkan keuntungan bagi kita malah sebaliknya akan sangat merugikan kita. Untuk mengenalnya hanya memerlukan usaha yang sedikit sahaja namun keuntungannya sungguh besar. Oleh itu, jika kita tetap tidak memperdulikannya maka itu adalah suatu perbuatan yang bodoh.”
Orang kedua yang tidak peduli itu berkata, ”Saya berpendapat seluruh ketenteraman jiwa serta kebahagiaan saya terletak pada saya dan tidak perlu memikirkannya. Saya tidak akan menyusahkan diri melulu dengan hal-hal yang tidak dapat dimengertikan oleh fikiran saya. Semua yang kita lihat ini adalah akibat dari kejadian dan kekacauan yang kita alami. Ia menjelma dengan sendirinya.” Rakannya yang cerdik itu menjawab dengan pedas,” Kederhakaanmu ini akan menjerumuskan saya serta mungkin ramai yang lain ke dalam malapetaka. Adakalanya sebuah kerajaan itu hancur disebabkan oleh perbuatan seseorang yang biadap.”
“Buktikanlah dengan tepat bahawa kerajaan yang besar ini hanya mempunyai satu raja dan pencipta atau berhentilah mengacau fikiran saya!,” kata orang kedua.
Rakannya berkata, ”Kata-katamu sungguh keterlaluan. Ianya mungkin akan mendatangkan kutukan terhadap saya dan seluruh kerajaan ini. Oleh itu, saya akan memperlihatkan kepadamu dua belas bukti bahawa alam semesta yang berupa kerajaan ini hanya mempunyai satu pencipta dan pencipta tunggal inilah yang mengatur segala-galanya seorang diri. Tidak ada kekurangan sedikitpun padanya dalam segala hal. Meskipun ia ghaib di pandangan kita, namun ia melihat kita dan mendengar apa yang kita ucapkan. Segala perbuatannya menakjubkan. Semua makhluk yang kita lihat dan bahasanya tidak kita fahami telah diatur untuk melakukan tugas mereka masing-masing.

No Voice