Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 111
(1-132)
Manakala kasih sayang anda kepada anak-anak anda, maka ia adalah kasih sayang terhadap barang amanah yang Allah swt amanahkan kepada anda, agar anda mendidik dan menjaga mereka sebaik-baiknya. Kasih sayang kepada mereka adalah kasih sayang yang diselubungi dengan kebahagiaan dan kegirangan. Dalam masa yang sama, ia juga adalah nikmat ilahi. Jika inilah perasaan anda, maka janganlah pula anda mereka dukacita terhadap musibah yang menimpa mereka dan janganlah anda menjerit dengan penuh penyesalan jika mereka meninggal dunia. Kerana sebagaimana yang telah kami nyatakan terdahulu, tuhan yang mencipta mereka amat mengasihani mereka dan amat bijaksana dalam mengatur urusan mereka. Ketika itu anda hendaklah berkata bahawa sesungguhnya kematian bagi mereka adalah kebahagiaan buat mereka. Jika ini yang anda lakukan, maka anda akan terselamat daripada kesakitan kerana berpisah dengan mereka dan anda akan terfikir bahawa anda sentiasa akan dinaungi dengan rahmat Allah swt.
Manakala kasih sayang anda kepada rakan-rakan dan kaum kerabat, oleh kerana ia berlaku kerana Allah swt semata-mata, maka perpisahan dan kematian mereka tidak sekali-kali dapat menghalang persahabatan, persaudaraan, kasih sayang dan keintiman yang abadi dengan mereka. Ini adalah kerana hubungan kerohanian dan kasih sayang maknawi yang tulus itu akan berterusan dan berkekalan yang menyebabkan kelazatan pertemuan dan kenikmatan perjumpaan seolah-olahnya terus berlaku.. Tetapi jika kasih sayang tersebut tidak berlaku kerana Allah swt dan bukan pada jalanNya, maka kelazatan pertemuan yang berlaku satu hari sahaja akan menyebabkan kesakitan perpisahan selama seratus tahun.[1]
Manakala kasih sayang anda kepada para Nabi a.s. dan para wali yang salih akan menjadikan alam barzakh yang merupakan alam yang gelap dan sepi pada pandangan orang-orang yang sesat dan lalai, sebagai beberapa buah rumah yang memperoleh cahaya daripada mereka. Ketika itu, anda tidak lagi merasa sepi untuk turut menyertai mereka dan tidak lagi merasa takut kepada alam barzakh, bahkan sentiasa rindu kepadanya tanpa mengeruhkan kenikmatan dan kelazatan kehidupan dunia anda.. Tetapi jika kasih sayang anda kepada mereka sama seperti kasih sayang kepada golongan-golongan tersohor dan glamor keduniaan yang lain, maka dengan semata-mata terfikir tentang kematian para wali yang mempunyai kesempurnaan itu dan bagaimana jasad mereka akan dimamah oleh bumi di dalam perkuburan agung masa lalu, maka ia akan menambahkan kesakitan kepada kesakitan kehidupan yang telah sedia ada. Ia juga akan mendorong seseorang untuk menggambarkan bahawa dia akan mati dan binasa dengan berkata: “Suatu hari nanti, aku juga akan masuk ke dalam kubur ini yang telah menghancurkan tulang orang-orang yang besar dan agung!” Dia berkata demikian dengan penuh penyesalan dan kebimbangan.. Sedangkan pada pandangan pertama, dia melihat mereka sedang berehat dan ceria di alam barzakh yang mempunyai dewan dan serambi masa depan, setelah mereka meninggalkan pakaian jasadiah masa lalu mereka.. Dengan itu, dia akan melihat kepada tanah perkuburan dengan pandangan penuh kerinduan dan kemesraan.
-----------------------------------
[1]Pertemuan sesaat yang berlaku pada jalan Allah swt akan dikira sebagai setahun, manakala pertemuan setahun kerana dunia yang akan binasa ini tidak menyamai sesaatpun. (al-Nursi)

No Voice