Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 33
(1-132)
Ini menunjukkan bahawa kesakitan yang berlaku selama beberapa ketika akan meninggalkan kelazatan maknawi di dalam jiwa, manakala sebaliknya kelazatan sementara yang berlaku selama beberapa ketika pula akan meninggalkan kesakitan maknawi di dalam jiwa.
Inilah hakikatnya… Zaman musibah yang berlalu bersama-sama dengan segala kesakitannya tergolong dalam kategori benda yang tiada (ma’dum), begitu juga dengan hari-hari bencana yang masih belum datang ia juga tergolong dalam kategori benda yang tiada (ma’dum)… Kesakitan tidak berlaku tanpa sebarang sebab… Kesakitan juga tidak terbit daripada ‘ketiadaan’… Oleh itu, memperlihatkan sikap keluh kesah dan ketidaksabaran sekarang merupakan satu tindakan yang bodoh, iaitu memperlihatkannya ketika kesakitan-kesakitan lampau telah berlalu dan ketika kesakitan yang akan datang belum tiba lagi masanya, kerana semuanya dianggap berada dalam kategori benda yang tiada (ma’dum). Adalah suatu tindakan yang bodoh juga menzahirkan pengaduhan kepada Allah dan membiarkan sahaja nafsu yang sentiasa menyuruh melakukan kejahatan daripada dimuhasabah, bahkan membiarkannya menghabiskan masanya dengan menyesal dan mengeluh. Bukankah orang ini lebih bodoh daripada seseorang yang makan dan minum sepanjang hari kerana bimbang akan kelaparan dan kehausan selepas beberapa hari?
Ya! Sesungguhnya jika seseorang manusia tidak menghambur-hamburkan kekuatan kesabarannya ke kiri dan ke kanan iaitu kepada zaman lampau dan masa hadapannya, tetapi hanya menghalakannya kepada hari semasanya sahaja, maka kekuatan kesabarannya itu sudah mencukupi bagi menyelesaikan segala gunung kesempitan yang sedang dihadapinya.
Saya teringat kepada apa yang saya hadapi ketika berada di dalam Madrasah Yusuf yang ketiga. Saya menyebutnya bukan untuk tujuan mengadu dan mengeluh terhadap apa yang saya hadapi. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, saya mengalami banyak kesukaran yang berbentuk fizikal dan maknawi yang tidak pernah saya lihat sepanjang hidup saya, terutamanya ketika saya terhalang daripada memberikan khidmat kepada Rasa’il al-Nur lantaran penyakit yang saya alami. Ketika hati dan jiwa saya merasa sempit dan menyesal, tiba-tiba pertolongan ilahi memperingatkan saya kepada hakikat tersebut. Lalu dada saya merasa lapang selapang-lapangnya dan segala kesempitan itupun hilang. Saya rela terpenjara berserta segala kesakitannya dan sakit dengan segala kepayahannya. Orang seperti saya yang sedang berada di ambang maut, sudah pasti akan memperoleh suatu keuntungan yang besar jika satu jam daripada jam kehidupannya yang mungkin dilaluinya dengan penuh kealpaan, tetapi ia bertukar menjadi sepuluh jam ibadat… Lalu saya bersyukur kepada Allah sebanyak-banyaknya.
Noktah Ketiga:

No Voice