Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 48
(1-132)
Oleh kerana zaman muda tidak sunyi daripada kemudaratan pada sisi ramai manusia, maka kita sebagai orang tua berkewajipan untuk bersyukur kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana Dia telah menyelamatkan kita daripada kemusnahan dan kemudaratan zaman muda. Tambahan pula, kelazatan dan kenikmatan zaman muda pasti akan hilang sebagaimana hilang segala perkara lain. Jika zaman muda dihabiskan untuk beribadat, kebaikan dan amal salih, maka pasti ia akan membuahkan hasilnya yang kekal abadi. Ia juga pasti akan menjadi wasilah bagi memperoleh kemudaan yang berkekalan di dalam kehidupan yang abadi nanti.
Kemudian saya melihat kepada ‘dunia’ yang amat kasihi oleh kebanyakan manusia. Lalu dengan cahaya al-Quran saya melihat sebenarnya terdapat tiga buah dunia besar yang saling bertindih di antara satu sama lain:
Pertama: Dunia yang menghala ke arah al-asma’ al-husna. Dunia ini merupakan cermin kepada al-asma’ al-husna.
Kedua: Dunia yang menghala ke arah akhirat. Dunia ini adalah ladang akhirat.
Ketiga: Dunia yang menghala ke arah ahli-ahli dunia dan ahli kesesatan. Ia adalah mainan ahli kelalaian.
Saya melihat juga bahawa bagi setiap orang di dalam dunia ini terdapat dunia yang khusus baginya. Jadi terdapat dunia yang saling bertindih di antara satu sama lain sebanyak bilangan manusia yang wujud, cuma dunia setiap manusia itu hanya terbatas kepada kehidupan peribadinya sahaja. Ketika jasad seseorang manusia itu musnah, maka dunianya turut musnah dan qiamatnya berlaku. Tetapi orang-orang yang lalai tidak mengetahui bahawa dunia mereka akan musnah dengan begitu cepat sekali. Mereka terfitnah dengan dunia dan menyangka dunia mereka sama seperti dunia sebenar yang stabil di sekitar mereka.
Lalu saya terus memerhati dengan berkata: “Tidak syak lagi bahawa saya juga mempunyai sebuah dunia tersendiri seperti orang lain. Ia akan musnah dengan cepat. Jadi apakah faedah dunia saya ini dalam umur saya yang amat pendek?! Lalu dengan cahaya al-Quran saya melihat dunia ini bagi saya dan orang lain hanyalah tempat berdagang sementara, atau rumah persinggahan yang didatangi dan ditinggalkan setiap hari. Ia adalah pasar yang dibina di tepi jalan bagi orang-orang yang datang dan pergi untuk berjual beli. Ia adalah kitab yang terbuka yang sentiasa diperbaharui oleh tuhan yang maha mencipta dan maha membentuk. Dia memadam dan menulis apa sahaja di dalam kitab itu sekehendakNya dengan penuh bijaksana. Pada setiap musim bunga, terdapat di dalam dunia satu risalah yang bertatahkan emas. Pada setiap musim panas pula, terdapat qasidah yang indah tersusun. Dunia ini adalah penampil kepada penjelmaan al-asma’ al-husna Allah yang maha pembuat dan maha mulia. Dunia juga adalah ladang dan taman akhirat.

No Voice