Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 49
(1-132)
Ia juga adalah taman bunga rahmat ilahi. Ia juga adalah kilang sementara bagi menyediakan kertas-kertas rabbani yang kekal abadi yang akan ditampilkan di dalam dunia yang kekal abadi. Lalu saya bersyukur kepada Allah yang maha mencipta lagi maha mulia sebanyak-banyaknya kerana telah menciptakan dunia ini dalam bentuk tersebut. Ada di kalangan manusia yang dikurniakan kasih sayang yang sepatutnya dihadapkan kepada wajah dunia yang hakiki lagi manis dan menuju ke arah al-asma’ al-husna serta alam akhirat, tetapi sebaliknya mereka menggunakannya pada jalan yang salah dan menyeleweng daripada kebenaran, serta menggunakan kasih sayang itu bukan pada tempat yang sepatutnya, dengan mengarahkannya kepada wajah yang fana’ dan hodoh, lalai dan mempunyai kemudaratan, maka berhaklah dia mendapat apa yang dinyatakan oleh sebuah hadis yang berbunyi:
hadîs-i şerifinin sırrına mazhar olmuşlar.
Maksudnya: “Mencintai dunia adalah kepala segala kesalahan.”
Maka wahai orang-orang tua, lelaki atau perempuan!
Sesungguhnya saya melihat hakikat ini dengan nur al-Quran al-Karim. Juga melalui peringatan yang diberikan oleh ‘ketuaan’ saya. Juga melalui cahaya nur yang diberikan oleh keimanan kepada pandangan mata hati saya. Saya telah membuktikannya pada banyak risalah berserta dengan bukti-bukti yang kukuh… Saya melihat hakikat ini sebagai hiburan yang hakiki kepada saya. Ia adalah harapan yang kuat dan cahaya yang bersinar… Lalu saya merasa redha dengan ‘ketuaan’ saya dan gembira dengan pemergian zaman muda.
Oleh itu, janganlah anda berdukacita. Janganlah anda semua wahai saudaraku yang sudah tua, menangisi zaman tua kamu, bahkan hendaklah kamu memuji dan bersyukur kepada Allah, selagimana kamu memiliki keimanan. Demikianlah sebagaimana dinyatakan oleh hakikat kebenaran. Sebaliknya hendaklah mereka yang lalai menangis, dan hendaklah mereka yang sesat berdukacita dan bersedu sedan…

No Voice