Perkataan pendek | Perkataan pendek | 48
(1-69)

Kemudian dia memandang ke bahagian atas pokok, lalu didapati pokok tersebut adalah pokok tin. Tetapi di penghujung dahannya terdapat ribuan jenis buah-buahan yang enak. Lantas perasaan takutnya segera hilang sama sekali, kerana dia yakin bahawa pokok tin ini hanyalah indeks dan tempat pameran. Di situlah pemerintah yang tersembunyi itu meletakkan barangan contoh yang terdapat di dalam kebun dan tamannya dalam bentuk yang penuh ajaib dan disaluti perhiasan sebagai tanda terhadap makanan lazat yang disediakan untuk para tetamunya.. Jika tidak demikian, maka bagaimana mungkin sepohon pokok boleh mengeluarkan ribuan jenis buah-buahan yang datang daripada ribuan jenis pokok. Oleh itu, dia berpendapat, bahawa dia mesti berdoa dan bertadhrru’ serta bersungguh-sungguh memohon agar dikurniakan kunci teka teki dengan berkata:

 

“Wahai pemerintah seluruh negara dan kawasan! Aku berlindung, bertawassul dan merendah diri kepadaMu. Aku adalah khadamMu. Aku hanya mencari keredhaanMu. Aku mencariMu.”

 

Selepas doa tersebut, secara tiba-tiba dinding perigi tersebut terbuka sebagai sebuah pintu yang membawa kepada sebuah taman yang mewah, suci dan indah. Mungkin mulut ular tersebut bertukar kepada pintu itu manakala singa dan ular itu juga bertukar menjadi khadam yang sedia berkhidmat kepadanya. Kedua-dua khadam itu menjemputnya memasuki taman yang indah. Singa itu juga bertukar menjadi seekor kuda yang dipermudahkan baginya.

 

Wahai diriku yang malas! Wahai sahabatku dalam khayalan!

 

Marilah kita menimbang di antara keadaan kedua-dua orang saudara itu agar kita dapat mengetahui bagaimana kebaikan boleh membuahkan kebaikan lain dan bagaimana kejahatan boleh membuahkan kejahatan lain.

No Voice