Perkataan pendek | Perkataan pendek | 49
(1-69)
Sesungguhnya si musafir tidak bernasib baik yang melalui jalan sebelah kiri terdedah pada setiap masa kepada kemungkinan untuk ditelan oleh mulut ular yang berada di dalam perigi. Oleh itu, dia sentiasa gementar kerana takut dan bimbang. Manakala saudaranya yang bernasib baik dan bahagia itu pula dijemput untuk memasuki sebuah taman yang indah, mewah dan mempunyai pelbagai jenis buah-buahan.. Hati si celaka itu juga sentiasa berdebar-debar dan berada dalam keadaan amat takut sedangkan saudaranya melihat pelbagai perkara ajaib dan dia memandangnya sebagai suatu pengajaran yang manis, ketakutan yang lazat dan makrifat yang dikasihi.. Si celaka yang miskin itu mengalami kesunyian, kekecewaan dan keyatiman yang merupakan azab yang menyeksakan! Manakala saudaranya yang bahagia itu pula mendapat kelazatan melalui kemeriahan, pengharapan dan kerinduan yang dialaminya.. Kemudian lelaki yang tidak bernasib baik itu juga melihat dirinya dijatuhkan hukuman seperti seorang banduan melalui serangan serangga-serangga yang menyakitkan. Sedangkan saudaranya yang bernasib baik itu pula menikmati segala kenikmatan sebagai seorang tamu yang dimuliakan. Kenapa tidak?! Dia memang seorang tamu kepada seorang tuan rumah yang amat mulia dan pemurah, lalu dia mendapat segala kesenangan dan hiburan melalui segala keajaiban khadamnya yang memberikan khidmat kepadanya. Kemudian lelaki yang tidak bernasib baik itu juga akan dipercepatkan azabnya di dalam neraka kerana dia telah memakan makanan yang lazat pada zahirnya tetapi pada hakikatnya ia adalah beracun, kerana buah-buahan itu hanyalah contoh dan sampel sahaja. Dia hanya dibenarkan untuk merasainya sahaja agar akhirnya dia dapat memakan buahan yang sebenar kemudiannya. Dia tidak dibenarkan untuk memakannya secara tamak dan gelojoh sebagaimana haiwan. Manakala saudaranya yang bernasib baik dan bahagia itu, hanya merasa makanan-makanan tersebut kerana dia memahami perintah yang diberikan kepadanya. Dia sanggup menunggu dan melewatkan masa untuk memakannya dalam keadaan penuh kenikmatan.. Kemudian lelaki yang tidak bernasib baik itu juga telah menzalimi dirinya dengan dirinya sendiri. Dia menzalimi dirinya kerana dia meletakkan dirinya dalam keadaan kegelapan dan sangkaan-sangkaan yang juga mempunyai kegelapan seolah-olah dia berada dalam neraka jahim. Ini berlaku lantaran dia tidak mempunyai pandangan mata hati yang dapat melihat hakikat kebenaran yang jelas nyata seperti waktu siang dan juga suasana-suasana yang indah dan menarik.
No Voice