Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 103
(1-132)
Kecintaan dan penghormatan anda kepada kedua ibu bapa sebenarnya berpunca daripada kecintaan anda kepada Allah s.w.t. Kerana Dia telah menanam di dalam diri kedua ibu bapa anda perasaan kasih sayang dan kasihan belas sehingga mereka berdua menjaga dan mendidik anda dengan perasaan penuh kasih sayang dan kebijaksanaan. Tanda yang menunjukkan bahawa ia adalah kasih sayang kerana Allah, ialah bersangatan mencintai dan menghormati kedua-duanya apabila mereka mencapai umur tua yang ketika itu anda tidak mengharapkan apa-apa daripada mereka. Tetapi anda tetap melimpahkan perasaan kasih sayang dan kasihan belas terhadap mereka meskipun anda sendiri mengalami pelbagai kesulitan yang membebankan. Firman Allah (surah al-Isra’ ayat 23-24):
Ayat di atas menyeru anak-anak agar memelihara hak kedua ibu bapa dalam lima peringkat. Ia juga menerangkan sejauhmana kepentingan berbuat baik kepada keduanya dan kejelekan menderhakai keduanya..
Seseorang tidak boleh menerima bahawa dia diatasi oleh orang lain, kecuali oleh anaknya sendiri. Kerana dari segi fitrah, seseorang bapa tidak menyimpan sebarang perasaan hasad dengki terhadap anaknya. Ini menyebabkan si anak tidak boleh menuntut sesuatu hak daripada ayahnya, kerana pertikaian biasanya berlaku daripada perasaan hasad dengki dan persaingan di antara dua individu, atau timbul daripada penafian hak orang lain. Seseorang bapa terselamat daripada kedua-duanya secara fitrah. Oleh sebab itu, seseorang anak tidak berhak untuk membuat dakwaan di mahkamah terhadap bapanya. Bahkan ketika dia melihat bapanya melakukan sesuatu di luar batasan, maka dia tetap tidak boleh menderhakainya. Maksudnya bahawa sesiapa yang menderhakai dan menyakiti kedua ibu bapanya, maka dia adalah seorang yang bertukar menjadi haiwan yang buas.
Kasih sayang dan kecintaan kepada anak-anak juga sebenarnya adalah kasih sayang kepada Allah s.w.t. dan kembali kepada kecintaanNya, iaitu dengan menjaga mereka dengan penuh kasihan belas dan kasih sayang, dengan menganggap mereka sebagai kurniaan tuhan yang maha pemurah lagi maha mulia. Manakala tanda yang menunjukkan bahawa kasih sayang tersebut adalah untuk Allah dan pada jalanNya ialah kesabaran berserta dengan kesyukuran ketika berlaku bala bencana, terutamanya ketika kematian, tidak merasa kecewa, putus asa untuk terus berdoa, bahkan wajib berserah kepada Allah s.w.t. dan memujiNya ketika berlaku ketentuan tersebut. Seolah-olah dia berkata: Sesungguhnya makhluk ini adalah kekasih dan dimiliki oleh tuhan yang maha mencipta lagi maha mulia. Tuhannya telah mengamanahkannya kepadaku untuk suatu tempoh masa tertentu. Sekarang hikmat kebijaksanaanNya menuntut agar ia diambil dariku untuk dibawa ke tempat lain yang lebih selamat dan lebih baik. Jika pada zahirnya aku hanya memiliki satu bahagian sahaja daripada makhluk tersebut, maka Allah s.w.t. mempunyai seribu bahagian hakiki padanya. Oleh itu, kita mesti berserah kepada hukum ketentuan Allah s.w.t.
إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا (23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (24)
Maksudnya: “Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ha”, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”Ayat di atas menyeru anak-anak agar memelihara hak kedua ibu bapa dalam lima peringkat. Ia juga menerangkan sejauhmana kepentingan berbuat baik kepada keduanya dan kejelekan menderhakai keduanya..

No Voice