Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 105
(1-132)
Bahkan kecintaan dan keberahian kepada dunia akan bertukar menjadi kasih sayang kerana Allah s.w.t. dari sudut jika dunia dipandang sebagai ladang akhirat, cerminan al-asma’ al-husna, risalah rabbani kepada seluruh makhluk dan rumah sebagai tempat persinggahan sementara para tetamu, tetapi dengan syarat tiada campur tangan jiwa yang sentiasa menyuruh keburukan (al-nafs al-ammarah bi al-su’) ke dalam kasih sayang tersebut. Ringkasnya:
Jadikanlah kecintaan anda kepada dunia dan segala yang terdapat di dalamnya dengan maknanya yang harfi (literal), bukan dengan makna namanya, iaitu kerana suatu pengertian yang terdapat di dalamnya, bukan kerana dirinya semata-mata. Janganlah anda berkata tentang sesuatu: “Alangkah indahnya ia!” Tetapi berkatalah: “Alangkah indah penciptaannya!” Awaslah daripada batin hati anda dimasuki oleh kecintaan kepada selainNya walau pun sedikit, kerana batin hati anda adalah cermin dan khusus bagi Allah s.w.t. sahaja. Katakanlah: “Ya Allah! Rezkikan kepada kami kecintaan kepada Engkau dan kecintaan kepada sesuatu yang boleh mendekatkan kami kepada Engkau.”[1]
Demikianlah, jika segala jenis-jenis kecintaan yang telah kami sebutkan di atas dihalakan ke arah yang betul dalam bentuknya yang dinyatakan di atas, iaitu ia berlaku kerana Allah s.w.t. dan pada jalanNya, maka ia akan memberikan kelazatan hakiki yang sedikitpun tidak mempunyai sebarang kesakitan. Ia juga adalah penyambungan sebenar-benarnya, bukan kehilangan. Bahkan ia menambahkan kecintaan kita kepada Allah. Lebih dari itu, ia juga adalah kecintaan yang dibenarkan, kesyukuran terhadap kelazatan kurniaanNya dan pemikiran terhadap nikmatNya, iaitu terhadap kecintaan itu sendiri.
Satu contoh perbandingan untuk penjelasan: Jika seorang raja yang berkuasa menghadiahkan anda sebiji epal, sebagai contoh, maka anda akan menyimpan dua jenis kecintaan dan anda akan berlazat dengannya menerusi dua bentuk kelazatan:

Pertama:
Kecintaan yang kembali kepada epal itu sendiri, dari sudut ia adalah buah yang enak dan lazat berdasarkan ciri-cirinya tersendiri. Kecintaan ini tidak kembali kepada raja. Bahkan sesiapa yang memakan epal itu dengan penuh lahap di hadapan raja, maka dia hanya memperlihatkan kecintaannya kepada epal itu, tidak kepada raja. Mungkin raja itu memandang jengkel perbuatan tersebut, dan tidak sukakan kecintaan yang bersangatan terhadap diri sendiri itu. Tambahan pula, kecintaan kepada epal itu hanyalah berbentuk sebahagian (juz’ie) dan ia akan hilang, kerana dengan semata-mata selesai memakannya, kelazatan akan hilang dan membuahkan perasaan dukacita.
---------------------------------------
[1]Terdapat banyak hadis daripada Rasulullah s.a.w. berkenaan doa memohon kasih sayang Allah. Antaranya: Daripada Abdullah bin Yazid al-Khutami al-Ansari, daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda berkata di dalam doa baginda: “Ya Allah! Rezkikan kepada kami kecintaan kepada Engkau dan kecintaan kepada orang yang memberikan manfaat kepadaku oleh kecintaannya di sisi Engkau…” Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi (al-Tuhfah: 3557) dan beliau berkata: “Hadis ini adalah hadis hasan gharib.”

No Voice